Monday, May 31, 2010

Nasib 2 wartawan, 6 relawan M'sia belum diketahui


Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.

Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.

"Kami sedang cuba mendapat maklumat mengenai keadaan mereka melalui pelbagai cara," katanya ketika dihubungi.

Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam semalam ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.

Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua daripada TV3.

Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 kilometer dari Gaza.

"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya.

- Bernama

Jom lakukan apa yang termampu sebagai umat islam.. Lakukan solat hajat untuk keselamatan umat islam di sana..

Wednesday, May 26, 2010

Solat sunat Dhuha murahkan rezeki



Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-


Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha


Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

Kelebihan solat dhuha;


"Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
(Riwayat At-Tabrani)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat ibnu Majah dan At-Tirmizi)

Semoga diamalkan...

Sunday, May 23, 2010

Disiplinkan DIRIMU..


'Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur'anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina



ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah cita-cita kami tertinggi'

Thursday, May 20, 2010

ASAS AQIDAH ISLAM






Umat Islam pada hari ini tidak menghayati ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka dan kebanyakan mereka tidak mengetahui ajaran Islam yang mereka anuti kebanyakan cara hidup mereka berpedoman kepada kehendak nafsu, mereka mencampur aduk antara ajaran Islam dengan ajaran-ajaran bukan Islam, kecuali sebilangan yang amat kecil yang masih hidup secara Islam.

• Firman Allah:(Al-Quran, ayat: 34) yang bermaksud:"Nampakkah (wahai Mohammad) keburukan keadaan orang yang menjayakan hawa nafsunya tuhan yang dipuja bagi ditaati ? Maka dapatkah engkau menjadi pengawal yang menjaganya jangan sesat. Atau adalah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendakwa atau memahaminya (apa yang engkau sampaikan kepada mereka) mereka hanya seperti binatang ternakan bahkan bawaan mereka lebih sesat lagi".
Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa orang yang berpedoman kepada hawa nafsu adalah sesat, mereka tidak akan menemui jalan yang benar. Kerana tabiat nafsu lebih suka kepada kebebasan yang mutlak dan itu adalah tabiat binatang.

Membentuk Akidah Manusia


Manusia sebagai makhluk Allah yang mulia mempunyai akal fikiran maka untuk membentuk dan mendisplinkan mereka mestilah berasaskan akidah ketuhanan dan dengan pegangan akidah ketuhanan dapat membendung manusia dan melakukan kejahatan dan harus menyedari bahawa apa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh manusia pada hari ini adalah berpunca tentang akidah ketuhanan.

Umat Islam pada hari ini sangat memerlukan kepada pembinaan akidah dan menamakan rasa kebesaran Allah di dalam hati terutama di saat pembinaan kebendaan yang sangat pesat ini. Sekiranya tidak seimbang dengan pembangunan akidah dengan pembangunan kebendaan maka pembangunan kebendaan akan rosak dan runtuh.

Umat Islam pada hari ini telah hilang pegangan keagamaan. Sehingga mereka yang sering mengerjakan amal ibadat masih juga berterusan melakukan berbagai kemaksiatan hingga sampai ke peringkat mengejek-ngejek dan memperkecil-kecilkan ajaran agamanya sendiri sedangkan perbuatan ini boleh terkeluar dari Islam (murtad) demikian menurut pendapat Imam Malik, Al-Shafie, Ahmad bin Hambal, Imam al dan Ishak.

Fiman Allah:(Surah At-Taubah, ayat: 21)

• Yang bermaksud :
" Dan jika mereka mencabuli sumpahannya sesudah mereka mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agamamu maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir ".

Apa Erti Akidah Ketuhanan


Akidah ertinya ikatan, pegangan terhadap rukun-rukun iman yang enam :

Beriman kepada Allah
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada Kitab-Kitab
Beriman kepada Rasul-RasulBeriman kepada Hari Akhirat
Beriman kepada Qada' dan Qadar

• Ini berdasarkan kepada pertanyaan seseorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. (Yang bermaksud):
" Lelaki itu bertanya: Ceritakan kepada ku tentang iman ? Baginda bersabda: Iman itu bahawa engkau beriman kepada Allah, Malaikatnya, Kitab-kitabnya, Rasul-Rasulnya, Hari Akhirat dan Beriman dengan Qadar baik dan buruk ".
( Riwayat Muslim )

1. Beriman Kepada Allah


Beriman kepada Allah merangkumi dan segi rububiyahnya iaitu beriman bahawa Allah sebagai pencipta alam, pengatur dan penyusunan dan lain-lain. Beriman dan segi uluhiyahnya iaitu mengesakan Allah dalam peribadatannya dan beriman kepada Allah dan segi Asma' dan sifatnya iaitu beriman bahawa nama-nama Allah dan sifat-sifatnya sesuai dengan kebesarannya.
Beriman kepada Allah adalah merupakan rukun yang sangat penting dan ia adalah asas akidah, manakala rukun-rukun yang lain itu tertakluk di bawah beriman kepada Allah.

• Semua Makhluk Memuji Allah


Seseorang yang beriman harus menyedari bahawa tiada suatu pun makhluk di dalam alam ini yang tidak bertasbih dan memuji Allah.

• Firman Allah: Yang bermaksud:
"Tiada sesuatu pun melainkan bertasbih memujinya tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka". (Surah Al-Isra', ayat : 44)

• Semua Makhluk Bersedia Untuk Berkhidmat Bagi Manusia

Allah telah menceritakan bahawa angin dan sebahagian dan jin berkhidmat untuk Nabi Sulaiman a.s.,
• Firmannya:(Surah Saba, ayat: 21-31)Yang bermaksud:
"Dan kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanan satu perjalanan adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepanjang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan kami alirkan baginya mata air dan telaga dan kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah kami. Kami akan merasakannya (pukulan) dan azab api neraka; gulungan jin ini membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dan bangunan- bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang seperti kolam serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya ".

2. Beriman Kepada Malaikat

Beriman kepada Malaikat adalah sebahagian dan akidah. Al-Quran menceritakan kepada kita bahawa para Malaikat di wakilkan oleh Allah untuk menjaga manusia, dan ditugaskan untuk mengira dan memperhitungkan amalan-amalan manusia dan merekodkan di dalam buku catatan peribadi mereka,

Firman Allah:(Surah At-Thariq, ayat : 4)
Yang bermaksud:
" Tiada sesuatu diri jua pun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaan serta penyimpan peringatan mengenai segala bauan)".

• Firman Allah:(Surah Qaf, ayat: 18) yang bermaksud:
" Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya atau perbuatan yang dilakukan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas sentiasa sedia menulisnya".

• Dan firmannya:(Surah Ar-Ra'ad, ayat:10-11) Yang bermaksud:
"Sama sahaja kepadanya: Sesiapa di antara kamu yang merahsiakan katanya di dalam hati dan menyatakannya juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar beijalan pada waktu siang bagi tiap-tiap seseorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dan hadapan dari dan belakangnya yang mengawas dan menjaga dengan sebab perintah Allah."

Malaikat yang ditugaskan untuk mengira amalan-amalan manusia ia mencatat semuanya kemudian dikemukakan kepada Allah Rabil'alamin untuk diberi balasan yang sewajarnya.

3. Beriman Kepada Kitab-Kitab ALlah

Beriman kepada kitab-kitab Allah adalah satu juzu dari akidah dan yang dimaksudkan dengan beriman kepada kitab-kitab ialah beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi:

iaitu Sahaf yang diturunkan kepada Ibrahim,Taurat diturunkan kepada Musa, Injil yang diturunkan kepada Isa, Zabur yang diturunkan Nabi Daud dan Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

• Mengenai beriman kepada kitab-kitab, dua perkara yang patut diperhatikan :

1. Yang dimaksudkan dengan beriman kepada kitab-kitab ialah beriman kepada kitab-kitab yang asal yang diturunkan sebelum dipinda oleh tokoh-tokoh agama dan diketahui bahawa kitab-kitab Allah yang lain dari Al-Quran semua telah dipinda dan ditukar ganti ayatnya,

• Firman Allah:(Surah Ah Imran, ayat: 78) Yang bermaksud:
" Dan sesungguhnya di antara mereka (ahli-ahli kitab) ada ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca kitab Taurad dengan mengubah maknanya supaya kamu menyangkanya sebahagian dan kitab (Taurad) pada hal ia bukanlah dan kitab itu, dan mereka pula berkata: bahawa ia adalah dari sisi Allah pada hal ia bukanlah dari sisi Allah dan mereka (tergamak) berkata dusta terhadap Allah sedangkan mereka mengetahui (bahawa mereka adalah dusta)’.

2. Al-Quran adalah kitab Allah yang terakhir diturunkan iaitu diturunkan kepada Nabi Mohammad s.a.w, ia tidak di datangi oleh sebarang kepalsuan ia dijaga oleh Allah s.w.t.,

• Firman Allah:(Surah AI-Hajj, ayat: 9)Yang bermaksud:
" Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran dan Kami-lah yang memelihara dan menjaga ".

• Al-Quran merupakan, (manhaj) jalan-jalan diturunkan sebagai pedoman untuk manusia mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Ia menunjuk jalan yang lurus untuk manusia.

• Firman Allah: (Surah Al-Isra', ayat: 9) Yang bermaksud:
" Sesungguhnya Al-Quran itu memberi petunjuk ke jalan yang amat betul ".

• Al-Quran merupakan dustur(perundangan) yang paling baik untuk manusia, kerana ia adalah ciptaan Allah yang lebih mengetahui tentang hal-hal manusia, menolak peraturan al-Quran bermakna menolak peraturan yang lebih baik untuk manusia.

4. Beriman Kepada Para Rasul s.a.w.

Beriman kepada para Rasul a.s.w. adalah satu juzu' dan akidah. Yang dimaksudkan dengan beriman kepada para Rasul ialah mempunyai bahawa mereka adalah perutusan Allah untuk manusia. Tidak harus di bezabezakan antara seseorang Rasul dengan Rasul yang lain.

Mengingkari mana-mana Rasul yang di utuskan bermakna mengingkari risalah-risalah Allah dan mengingkari al-Quran. Kerana al-Quran menyebut nama-nama sebahagian dan mereka.

• Firman Allah:(Surah al-Baqarah, ayat : 285) Yang bermaksud:
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dan Tuhannya dan juga orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah dan malaikat, dan kitabnya dan rasulnya (mereka berkata) kami tidak membeza-bezakan antara seseorang (dengan yang lain) dan Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi, kami dengar dan kami taat (kami pohon) keampunan Mu wahai Tuhan kami dan kepada Kamu jualah tempat kembali ".

5. Beriman Kepada Hari Akhirat

Beriman kepada adanya Hari Akhirat adalah satu juzu' dan akidah ia memberi kesan yang kuat dalam membentuk manusia dan membendung kejahatan-kejahatan manusia. Orang yang menyedari bahawa ia akan di bawah kehadapan pengadilan Allah pada han akhirat sudah tentu ia akan berfikir terlebih dahulu sebelum ia melakukan suatu kejahatan dan tiada seorang pun yang dapat melarikan diri dan hukum Allah,

• Firman Allah:(Surah al-Isra', ayat: 13-14)Yang bermaksud:
"Dan tiap-tiap seorang manusia kami kalungkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada han khiamat kelak dan kami akan keluarkan kepadanya kitab surat-suratan amalan yang akan di dapatinya terbuka untuk di tatap, lalu kami perintahkan kepadanya bacalah suratan amalanmu, cukuplah engkau sendiri pada han itu menjadi penghitung terhadap dirimu tentang segala yang telah engkau lakukan."

6. Beriman Kepada Qada' dan Qadar Allah

Beriman kepada Qada' dan Qadar adalah satu juzu' dari akidah, erti beriman kepada Qada' dan
Qadar ialah menyakini bahawa apa jua yang berlaku di dalam dunia ini termasuk perkara-perkara yang berlaku pada diri manusia adalah telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t tanpa campur tangan manusia. Manusia dituntut supaya meredai apa jua yang ditakdirkan itu. Sama ada baik atau buruk di samping berusaha untuk mengelakkan dan sebarang bala dan berikhtiar untuk mendapatkan rezeki, beriman kepada Qada' dan Qadar bukanlah memberi erti menyerah sesuatu kepada takdir tanpa sebarang usaha dan ikhtiar.

Beriman kepada Qada' dan Qadar mendorong seseorang itu bekerja lebih keras untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Ayat yang mula mula menyentuh tentang Qada' dan Qadar ialah mengenai rezeki dan ajal di mana Allah-lah menyatakan bahawa kedua-duanya tidak akan bertambah atau kurang dengan semata-mata usaha manusia. Seseorang tidak akan mati sebelum tiba ajal yang di tetapkan dan sebelum habis rezeki yang telah Allah tetapkan.

• Firman Allah:(Surah Al Imran, ayat: 145) Yang bermaksud:
"Dan tiap-tiap yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah iaitu satu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya yang ditetapkan oleh Allah".

• Dan Sabda Rasulullah s.a.w.Yang bermaksud:
" Ketahuilah bahawa sekiranya umat manusia semuanya bersepakat untuk memberi manfaat (menolong) engkau dengan sesuatu pertolongan nescaya mereka tidak dapat menolong engkau kecuali apa yang telah dituliskan (ditakdirkan) dan sekiranya mereka bersepakat hendak memudaratkan engkau dengan sesuatu kemudaratan nescaya mereka tidak dapat memberi kemudaratan kepada engkau kecuali apa yang telah dituliskan (ditakdirkan) oleh Allah ke atas engkau, diangkat akan kalam dan keringlah dakwat (ertinya itulah yang ditetapkan oleh Allah)".

Umat Islam pada hari ini perlu menterjemahkan pengertian akidah ini ke dalam penghidupan mereka supaya seimbang antara pembinaan kebendaan dengan pembinaan kerohanian

Tuesday, May 18, 2010

UJUB agen perosak..

PENGERTIAN UJUB

Sifat ujub adalah sifat yang melanda umat Islam sekarang. Ia boleh diertikan dengan rasa kagum terhadap diri sendiri atau bahasa yang lebih mudah ialah “perasan”. Ia disebabkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki manusia samaada kelebihan dunia seperti baju yang cantik, pandai berpidato, kejayaan ataupun kelebihan akhirat seperti solat jemaah , qiamul lail, dakwah, zikir dan sebagainya. Ujub adalah tergolong dari maksiat hati yang lebih besar dari maksiat zahir.


PERBEZAAN UJUB DAN RIYA


Riya adalah beramal kepada manusia dan mestilah semasa adanya manusia. Adapun ujub adalah perasaan yang ada dalam yang rasa kagum dan terpesona dengan diri sendiri. Ia berlaku samada depan manusia atau bersendirian. Imam ibnu Taymiyah berkata:

الرياء من باب الإشراك بالخلق والعجب من باب الإشراك بالنفس


“ Riya adalah menyengutui tuhan dengan mahkluk dan ujub adalah menyengutui tuhan dengan diri sendiri.”


Maksudnya bila seorang itu rasa kagum dengan blognya atau bacaan qurannya yang sedap maka dia telah menyengutui tuhan dengan dirinya sebab kehebatan blognya atau kesedapan bacaan Qurannya adalah daripada tuhan. Kenapa dia kagum dirinya dan dalam masa mengetahui ia dari tuhan. Sepatutnya dia hanya kagum kepada tuhannya sahaja.


UJUB DENGAN BANYAKNYA PENGIKUT DAN AHLI


Firman Allah swt:


لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئاً وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ


"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mu'minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi UJUB (kagum) dengan banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai. (25 : at-Taubah)


Disini menunjukkan ujub dengan banyaknya tentera (10,000) ketika itu menyebabkan mereka telah tewas pada pusingan pertama. Tuhan menegaskan bahawa banyaknya mereka tidak memberi makna sedikit pun pada buat mereka.


Oleh berhati2lah kepada guru yang rasa kagum dengan banyak anak muridnya, penganjur program yang kagum dengan ramai pesertanya, persatuan yang kagum dengan banyak ahlinya, bloger yang ramai yg banyak follower bahwa banyak tidak memberi makna , malahan mendatangkan kemurkaan tuhan seperti dalam tajuk seterusnya.


MORAL:

KITA TEWAS DAN GAGAL BUKAN KERANA SEDIKIT AHLI TETAPI KERANA PENYAKIT HATI YANG MASIH MELANDA TERUTAMA SIFAT UJUB.


KEMURKAAN TUHAN KEPADA YANG KAGUM DENGAN DIRINYA


Nabi saw bersabda:


بينما رجل يمشي في حلة تعجبه نفسه مرجل جمته إذ خسف الله به فمو يتجلجل في الأرض إلى يوم القيامة


“ Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju dan rambut yang disikat meneybabkan dia rasa kagum dengan pakain dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”


Hadis sahih riwayat Bukhari (5789) dan Muslim ( 2088).


Kita digalakkan untuk memakai cantik tetapi dilarang untuk merasa kagum dengan diri kita tetapi kita hendaklah melihat Allah yang memberinya nikmat. Lihat betapa murkanya tuhan dengan manusia sebagini sehingga Allah menenggelamkan dia sehingga hari kiamat.


Ingatlah wahai manusia yang kagum dengan dirinya disebabkan:-

- rupa paras yang cantik.

- Bilik yang cantik.

- Petah berpidato dan berhujjah

- Kenderaan yang mahal

- baju yg branded

- rumah yang cantik

- masakan yang sedap

- blog yang menarik

- skill dalam permainan

- result exam yg bagus

Dengan Azab Allah yang akan berikan didunia dan akhirat. Ingatlah ianya dari tuhan, oleh itu kagumlah hanya kepada tuhan bukan diri sendiri.


UJUB PEROSAK AMALAN


Nabi saw bersabda:


ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه


“ Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”

Hadis riwayat Bazzar (80) dengan sanad yang hasan.


Imam Nawawi berkata:

“Ketahuilah bahawa keikhlasan akan terdedah dengan penyakit ujub. Sesiapa kagum dengan amalannya akan terbatal amalannya.”


Oleh itu orang yang beramal tidak kira apa amalan tersebut hendaklah menjauhi rasa kagum dengan amalannya seperti mana orang yang qiamullail pada malam hari rasa bahawa dia orang yang baik atau soleh. Berkata Nabi Isa alaihis salam:


يا معشر الحواريين كم من سراج قد أطفأه الريح وكم من عابد قد أفسده العجب


“ Wahai para penolong-penolongku, berapa banyak pelita yang dipadam apinya oleh angin dan berapa ramai orang yang beribadat dirosakkan amalannya oleh sifat ujub.”


Muthrif rahimahullah telah berkata:


لأن أبيت نائما وأصبح نادما أحب إلي من أن أبيت قائما وأصبح معجبا


“ Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”


Ibadah yang sebenar akan menyebabkan hati seorang itu semakin tunduk dan hina dengan tuhannya. Namun ibadah yang menghasilakan rasa kagum dan bangga itu adalah ditolak dan hasil dari tipu daya syaitan. Lihat apa yang berlaku kepada seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata:


“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih dari orang di belakang ku (bila jadi imam) . Aku tidak mahu jadi imam sampai bila2.”


Hendak buat amal itu pun satu benda yg susah tetapi hendak menjaga amalan dari perosak adalah lebih susah. Orang yang berilmu rasa kagum dengan ilmunya. Orang yang memimpin rasa kagum dengan kepimpinannya. Orang yang bertahajud kagum dengan tahajudnya. Orang yang berdakwah rasa kagum dengan dakwahnya. Semua amalan tadi akan dirosakkan dengan sifat ujub itu. Hai ya Allah jaga lah hati-hati kami dari sifat ujub ini.


Kesimpulan


Ujub ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Manusia terdedah dengan ujub pada setiap ketika. Oleh itu hendaklah dia berusha untuk menidakkan sifat ujub tersebut. Yang lebih penting hendaklah dia belajar dari guru murabbi untuk menghilangkan sifat ujub ini. Rugilah jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub. Saya hanya menyebut sedikit sahaja tentang perihal ujub ini, banyaklah lagi tentang bahaya ujub, syptom2 ujub dan penawar ujub menurut Quran, hadis dan para ulama yang perlu dipelajari. Dr Majdi telah membahaskannya dalam kitab Hattim Sonamak dan menganggap manusia yang ujub ini menyembah dirinya. Saya berhasrat untuk mendiskusikan kitab ini pada cuti musim panas insyaAllah.


Rujukan: Hattim Sonamak oleh Dr Majdi Hilali, Minhajul Qasidin dan Sahih Bukhari


http://akhisalman.blogspot.com/2010/05/ujub-agen-perosak.html

Tuesday, March 23, 2010

cerdasnya...orang yang beriman..



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga sunnah- sunnah Nabi setiap hari. Antara sunnah-sunnah Nabi SAW itu adalah:
  1. tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  2. Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
  3. Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  4. jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
  5. jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
  6. jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
  7. amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
"wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah(berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung." (Al-Ma'idah:35)