Tuesday, March 23, 2010

cerdasnya...orang yang beriman..



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga sunnah- sunnah Nabi setiap hari. Antara sunnah-sunnah Nabi SAW itu adalah:
  1. tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  2. Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
  3. Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  4. jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
  5. jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
  6. jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
  7. amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
"wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah(berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung." (Al-Ma'idah:35)

Saturday, March 20, 2010

AKU NAK BERJAYA!!!

Kalau diberi masa 1 hari untuk memerhati dan mengkaji perwatakan seseorang ia adalah suatu yang tidak mustahil. Besar kemungkinan dapat di huraikan kelemahan serta kelebihan mereka. Hebat tuh!! Tetapi jika kita dapat memerhati serta mendalami perwatakan diri, itu adalh lebih hebat!!. Kenapa plak ye?? 1 hari adalah satu masa yang tidak mungkin untuk kita mengenali diri yang serba kompleks ini. Kelebihan mungkin ye tetapi kelemahan..hampir mustahil untuk dilakukan.

Tak Kenal Maka Tak Cinta..Kenalilah diri kita dari dua aspek iaitu dari sudut jasad dan rohani. Kata Imam Al- Ghazali dalam kitab Munqidz Min Al-Dhalal:


"Sekiranya engkau berkata, saya mengetahui diri saya, maka sekiranya engkau ketahui hanyalah tubuh bahagian luar yang meliputi tangan, kaki, kepala dan bentuk luar lainnya tanpa tahu apa yang ada dalam batinmu. Contohnya, apabila engkau marah akan menimbulkan permusuhan, apabila engkau bersyahwat akan menuntut pernikahan, apabila engkau lapar akan menuntut makanan, apabila engkau haus akan mencari minuman. Sekiranya demikian halnya, binatang pun sama denganmu. Pengetahuan diri sebenarnya meliputi persoalan: Siapakah engkau? Dari mana engkau hidup dan akan ke mana? Untuk apa diciptakan? Apa yang menyebabkan kebahagian ataupun kedukaan?"

Kata2 azimat "Be Yourself" sering dilontarkan oleh pakar2 motivasi. Sebenarnya perkataan itu mula diungkap oleh ahli falsafah yunani, Socrates. Ini menunjukkan bahawa pentingnya untuk seseorang mengenali diri. Bagaimana?? Seperti yang telah diperjelas oleh Al Imam Hujjatul Islam Imam Al- Ghazali, wujudkan la persoalan2 tentang hakikat kejadian manusia. Kecemerlangan hanya akan muncul apabila adanya idea, idea hanya akan muncul apabila adanya persoalan. Namun, persoalan hanya akan wujud apabila adanya keraguan. Oleh itu, raguilah diri anda.. betapa diri anda menjauhi maksiat dan mendekati kebajikan.

"Tiap2 jiwa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan(ghurur)."~Surah Ali Imran ayat 185.




Inilah yang biasa disebut muhasabah diri. Orang yang selalu bermuhasabah akan sedar akan dirinya yang terlalu banyak kelemahan dan memerlukan kepada pertolongan dari Rabbnya. Kata para ulama sufi,"barang siapa yang mengenali jiwanya, maka dia mengenal Rabbnya"..

Mula2 cuba fikirkan kembali apa yang telah dilakukan yang menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T. Cuba bertanya sahabat karib, apakah kelemahan dan kesalahan kite yang dia nampak. Tapi perlulah seorang sahabat yang boleh menghubungkan kita dengan dunia dan akhirat khususnya, bukanlah yang hanya petah berbicara hal keduniaan sehingga terlupa negeri abadi yang bakal dilalui bersama. Janganlah pula bersahabat di dunia tetapi bermusuh di akhirat. Masing2 saling menyalahkan antara satu sama lain. "seorang mukmin menjadi cermin kepada mukmin yang lainnya".(al-hadith)

Jomlah kite sama2 bermuhasabah. Yang elok kite terus dan tingkatkan dan yang lemah kite topupkan. Janganla menggunakan alasan manusia memang tidak sempurna untuk menyekat sempadan hijrah kita. Hijrahlah demi agama dalam dirimu.

Sebelum mengakhiri entri eloklah saya memetik kata2 Dr Danial Zainal Abidin dalam buku Tip2 Cemerlang daripada Quran:

"Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat".

Last!!

Selamat bermuhasabah (untuk saya juga) demi kecemerlangan dunia dan di akhirat.

Islam bukan alat tapi tunjang kehidupan..

Monday, March 8, 2010

Zikir Harian...

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan ke suatu destinasi yg tetap akan kita semua kunjungi dan di sana lah nanti kita kan temui sebuah kehidupan yg abadi selama2nya , jadi apakah bekalan kita sudah mencukupi untuk kesana ? atau sudah bersediakah kita untuk menghadapinya…..sekurang2nya beramal lah kita dgn zikir ini sebagai menampung amal kita..

(Click gambar untuk imej besar)

Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabatnya r.a. "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad,maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: "Apakah itu Ya Rasulullah?" Sabdanya:"Zikrullah."

Fadilat dan keutamaan zikrullah yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah berkaitan dengan keadaan dan masa sebagai keseluruhannya, kerana terkadang-kadang dengan memandangkan keadaan yang tertentu maka sedekah,jihad dan urusan-urusan yang lain dipandang lebih utama daripada segala amalan.Lantaran fadilat dan kelebihan amalan-amalan itu pun diterangkan di dalam beberapa hadis kerana kelebihan amalan-amalan itu adalah berkaitan dengan keadaan yang tertentu sedangkan kelebihan dan kepentingan zikrullah adalah berkaitan dengan seluruh masa (iaitu pada setiap masa).