Monday, January 18, 2010

Pesanan untukmu teman...

Teman…Atas tautan ukhwah juga atas satu dasar yg kukuh nan Aqidah Muslim, aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa…
Engkau sedia maklum,Engkaulah hiasan dunia, lantaran fitrah itu, engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu, dan sememangnya itu bukan kesalahanmu, tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal…
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki, yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi, dan tentulah temanmu yg diimpi,Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa’...
Aku mengetahui halusnya perasaanmu, engkau ingin disayangi,ingin dimanjai,Engkau juga ingin menyayangijuga ingin memanjai..Dan aku juga tahu,Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa’....
Ketahuilah engkau,Bercinta itu fitrah,Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.Kalau benar engkau mengasihinya,kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNya, engkau tak kan bisa, melunakkan soutul(suara) engkau, engkau tidak kan bisa, melemparkan panahan menggodamu, kerana engkau tahu, itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal! Dan engkau mengetahui, dia punya 9 akal, dan 1 nafsu. Namun nafsu itu sentiasa beraja, dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu, nafsu raja yg menggila!Kerana engkau tahu sahabatku an nisa’ dia kan terjerumus ke dlm api yg membara. Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..

Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku ar-rijal. Andai engkau mencintainya,Cintailah ia keranaNya,Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia, andai engkau mengasihinya keranaNya, engkau tidakkan bisa mengajaknya bermukah di taman sepi, kerana engkau tahu, dia punya 9 nafsu, 1 akal, tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?Andai engkau mengasihinya keranaNya,engkau tidakkan bisa menyentuhnya walaupun yg ringan-ringan, kerana engkau tahu, itu sudah MENGHAMPIRI ZINA! Dan engkau tahu bukan?Zina tempatnya di api yg menjunam?Apakah engkau benar mengasihinya, andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa’Sahabatku ar-rijal.
Aku mengasihimu LILLAH,Lantaran itu, dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?Bercinta tak salah,tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki, dan engkau kan merasa cinta manusia

Sedikit cuma..Andai Dia yg engkau dahului,Engkau takkan gelisah,Andai dia tidak mengirim sebarang sms,Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,engkau tidakkan rindu, andai sehari tidak besua, engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan“I love you”.Kerana engkau percaya..DIA yg terbaik..Lantaran DIA yg terbaik DIA akan menentukan yg terbaik untukmu, dan andai dia yg terbaik untukmu,DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..

Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN dan itulah yg terbaik buat kalian…Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!Apakah benar engkau meyakini takdirNya?Maafkan aku teman,Bicaraku penuh ketegasan,Aku tidak membencimu,Tetapi aku membencimu munkar itu,Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,Aku menegur yg mana mampu, kerana aku takut, andai aku tidak menegurmu,Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!Na’uzubillah min zalik…Sama-samalah teman. Pagarilah imanmu. Agar si iman itu tidak terlepas. Cintailah Ia,Kerana DIAlah penjaga iman kita..

Yakinlah dengan Ia..Serahkan segalanya pada Ia..Kerana DIA tahu yg terbaik. Sedangkan kita tidak…

Allah Maha Mengetahui.Akhirul kalam...
Letakkan si DIA dlm hatimu, engkau akan merinduiNYA. Andai harimu tiada ingatan kpdNYA.. Engkau akan gelisah andai DIA tidak mendengar rintihanMu,Engkau kan rindu. Andai DIA tidak memandangmu, engkau kan tak keruan andai. Doamu ditolak..Dan itulah cinta hakiki..Kerna engkau yakin. Di sana adanya sebuah pertemuan di taman Syurga yg Indah..Bercintalah kerana ALLAH..Dan engkau akan merasakan. Erti bercinta yg sebenar...Insya ALLAH!!



“ Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina itu sungguh suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk...)
Al-Isra’:32”


0 comments:

Post a Comment