Monday, January 4, 2010

Selamat Menempuhi Sem baru..

Hai kawan2!! macammane cuti sem??mesti seronok..

Berlalu sudah beberapa bulan cuti, sekarang telah tiba waktu untuk belajar. Bukan hanya belajar akademik sahaja tapi belajar semua benda yang bermanfaat.

Kenapa perlu belajar??

Kita belajar adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadi seorang yang berilmu

أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الألْبَابِ (٩

"(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.

Terdapat banyak lagi ayat Al- Quran dan hadith tentang kelebihan orang berilmu..

Dalam satu hadith..

Ertinya:
Apabila aku didatangi oleh suatu hari dan tidak bertambah ilmuku pada hari itu, yang dapat mendekatkan diriku kepada Allah s.w.t maka tidak ada keberkatan untukku pada hari itu.

(Diriwayatkan oleh tabrani )

Cube kite perhatikan hadis di atas, kite akan dapat lihat perbezaan antara ilmu dan pengetahuan. Ilmu dalam islam ialah ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan menambahkan keyakinan kite terhadap agama islam. Namun Pengetahuan ialah ilmu yang hanya bermain - main di akal tapi bukan dirasai di hati. Dapat???

Sebagai contoh, kenapa kita banyak mempelajari ilmu sains tapi tidak pernah bertambah rasa takut dan harap pada Allah s.w.t sedangkan semua itu adalah milik Allah yang maha bijaksana. Ini kerana kita tidak dapat meningkatkan taraf pengetahuan yang dipelajari kepada taraf ilmu yang yakin.

Contoh lain, kenapa ada di antara kalangan orientalis daripada kalangan yahudi dapat mengajarkan tafsir, hadis, atau sebarang ilmu pengetahuan agama dan lebih hebat dari orang islam sendiri tetapi masih tidak dapat menerima islam. Inilah dipanggil Pengetahuan yang masih dalam lingkungan akal tapi masih belum sampai ke taraf Ilmu iaitu dalam lingkungan akal dan dirasai hati.

Jadi, marilah kita belajar dan mengambil manfaat daripada setiap perkara yang diajarkan kepada kita. Jangan lupa bahawa setiap ilmu yang kita belajar ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menambahkan keyakinan kita kepada Islam.

SELAMAT MENEMPUHI SEM BARU!!
MODERATOR

0 comments:

Post a Comment